Monday 22 August 2011

IMAM KU ... ADUYAI BAPA WARISKU

Aduyai Imam ku…aduhai bapa warisku…
Semakin hari makin bertambah usia … dr bb .. jd kanak2 … jd bdk sekolah … jd pelajar kolej n university … jd plak pekerja … aduyai masa seusia remaja dah masuk plak dewasa … dewasa???heheheh … mcm x caya dh 25 thn rupanya … hah!!! Antara soalan cepu emas time ni … bila nk kawen … bila lg nk mkn nasik myk … weh jom aku bw g kedai mamak pekena … moh moh blake …. Hahahahah ….
Bila cuti sekolah or cuti2 panjang expecially hari raya … peminat2 mula anta kad … korang igt kad raya ker …. Aduhhh … bkn ler … mesti la kad kawen … jemputan dr kwn2 … klu xde aral …Insya allah aku smpai rumah kenduri  tu … klu ke’bizian’ melanda harap maaf lor kwn erk … al maklum keje aku nih bz jer … kalahkan menteri  asas tani ..wink2 … tetiba lak kan … hahahahah
Kdg2 mls aku nk pkir bila face ngn tension keje n study…tp bila g kenduri kwn2…tgk cantik jer diaorg d hari raja sehari…tgk mereka dok di pelamin nan indah…uiks…teruja gak nk kawen…hahah menggedik … ermm … nnt nak pakai tema purple la… mcm cntik gak kan… ikss.. tukar2… nak warna turqoise la… haaa.. lawa kan… pastu pelamin tu warna putih… lawa2… ade renjis2 bunga mawar… posing2 amik gambar…g lak mn beradab…. Kompang dipalu ada lak silat… waa… menarik2… owwhhh…. seronoknya….  kwn2 n sedara mara dtg wish …. TAHNIAH…. hohohoho….. mmg gumbira la kan… majlis kita jd raja sehari ….. emmm.. ting.. !!!kuat tol ko berangan … hahahahah …
Dulu2 klau aku kwn ngn laki ma n abah mrh…nk kuar mkn2 pon xleh … mungkin sbb aku pra matang lg … hahahah … so.. aku x pkir ler sal nk kawen ni … life aku … life is work, work is life … study is a life style … wink2 … tp skrg ma dah mula cucuk jarum…adeeii pedih weiii… sakit telinga dgr ma pot pet pot pet…bila aku kata study x abis lg… ma kata nk tggu abih study smpai bila. Sampai tua… hahhahaha… org lain pon ade kawen + study … ayaakk… so how…??? Ok2 aku pon mula ler wat muka Selenga mcm org salah wat muka x bersalah ….. last2 aku wat x tahu jer ler …  yooo … masa sudah membilang hari n usia … beberapa bln lg nk abih thn 2011…
Ermm status skrg single mingle available … eh ke not available … haaa..sapa nk jawab nih … sapa la yg sudi kan … aku xde apa2 … study pon x tggi …keje pon kuli … rupa jauh sekali nk banding ngn sang puteri … hahha … nak cari mana kan kita nih pompuan … laki kan senang sbb dia yg tackle pompuan … wajar la kan … klau pompuan tackle laki uikss itu sdh jd luar biasa la kot… tp ade kan??? Nak cr kat ner .. kwn2 ade jumpa kt PLKN … kt U.. Kt kolej..g merantau jap jer dah blk bermadah a.k.a menjemput ler… aku dah g mcm2 tmpt… kuar masuk kolej kuar masuk U.. keje pon dah 3 tmpt transfer … x jumpa2 lg Mr.rite… hahahah ….tempat keje??? Xde la sang bujang …kt U??? semua laki org… jgn cr psl ler … hehehe
Memilih … hohoho …bkn kot … tp yer pon ade … rupa??nk ensem??? Xkot… bg aku rupa prs x menjadi keutamaan …aslkan mata aku sdp memandang… yela nk jd laki aku kan.. bkn laki korang … biar sakit dimata bkn sakit dhati … haaa sdp x ayt aku … korang jgn copy n paste erk … sbb aku pon byk krg nya psl fizikal nih … xley la aku nk pilih yg waaaaahhhh …. Anggun …kacak bergaya … ala2 fahrin ahmad tu kan .. eh, korang rs FA tu ensem ker.. heheheh….
Yg mnjadi keutamaan aku … seorang laki yg boleh jd IMAM aku nt… org yg boleh bimbing aku ke jalan NYA… menegur aku tatkala aku gelincir dr landasan ketapi… Opsss… tau ler nek tren ari2 … hehe … pensyarah aku dlu pnh kata klu kita nak yg baik,kita mesti jd baik … x baik ke aku … hehehe… owhh madam,phm la aku skrg mksd madam tu … aku berusaha utk menjadi sebaik mungkin tanpa ade 1 istilah hipokrit … perubahan dlm diri mungkin mkn masa yg lama… pelan2 la kan…klu zaapppppppppp terus berubah … bkn stkt  sejuk perut mak aku … beku terus mcm ais agak nya … terkejut punya psl … tgk ank dia baik bangat … hohoh guys xde la … melawak2 jgk … yg seyes nya mmg aku impikan mr.rite yg bleh bimbing aku … aku x nak hanyut dek arus … ade kan laki cmtu … xdpt ustaz pon org2 biasa pon xper … aslkan dia thu halal haram n hukum hakam agama …
Tp … cmner nk cari … layak kah aku nk org baik … sdgkan aku …hanyut … tp klu dpt mcm kita gak … lg ler bergelora kan … kiranya wajar la kan klu aku nk mr.rite cmtu kan … klu aku x thu dia leh ajr … klu aku slh dia btulkan … bila tgk citer2 drama ting!!!mula la aku khayal … one day … aku ada imam yg boleh imamkan solatku … lelaki yg menjaga keselamatan ku … lelaki yg sah utk aku sentuhi… lelaki yg thu hargai air mataku … lelaki yg hormati n hargai kaum ibu nya… lelaki yg leh ajr aku kalimah2 Allah… mengajarku barisan ayat2 kalam Allah… Subhanallah … tggi nya impian aku… owwhh … mr.rite yg selalu ajk aku ke tmpt2 ilmu … ada kan??? Insya allah … doakan aku erk kalian semua …   amin……
Kpd mr.rite aku … semua ni adlh krn kau adlh imam ku … kau lah bapa warisku …

Wednesday 17 August 2011

IMAM SYAFIE-PETUA2


4 PERKARA UNTUK SIHAT

4 perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam


4 perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih



4 perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

4 perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka
.

KESAN BERPUASA DI SIANG HARI,BERAMAL DI MALAM HARI

Hadis Nabi saw: Dari Abu Hurairah ra berkata telah bersabda Rasulullah saw, " Barang siapa berpuasa Ramadhan dan berdiri pada malamnya dengan penuh iman dan ihtisab akan diampunkan oleh Allah swt segala dosa-dosanya yang lepas." ( Riwayat Bukhari / Muslim)

Diceritakan bahawa tiga bersaudara dari negeri Syam ikut berperang bersama tentera muslimin di dalam satu jihad menentang tentera Rom. Nasib tidak menyebelahi mereka, ketiga-tiga saudara berkenaan di tawan oleh pasukan musuh lalu dibawa sebagai tawanan perang mengadap Raja Rom ketika itu. Raja Rom meminta mereka murtad dan memeluk agama Kristian dengan ditawarkan jawatan tertinggi serta berkahwin dengan puteri baginda. Tawaran Raja Rom berkenaan mereka tolak dengan mentah-mentah.

Atas penolakkan tawaran berkenaan, Raja menjadi murka lalu memerintahkan agar api dinyalakan serta 3 kawah besar berisi minyak yang dipanaskan. Minyak yang dipanaskan itu dibiarkan mendidih selama tiga hari dan dalam waktu yang sama ketiga-tiga mereka masih lagi ditawarkan dengan tawaran berkenaan selama beberapa hari. Namun iman mereka begitu kukuh serta ketiga-tiga mereka menolak tawaran berkenaan. Raja bergitu murka lalu memerintahkan saudara tertua mereka dicampakkan ke dalam minyak panas berkenaan. Hancur luluh badannya dan gugur syahid di Jalan Allah. Kemudian diikuti pula dengan saudara yang kedua. Badannya juga hancur di dalam minyak panas berkenaan serta juga gugur syahid di Jalan Allah.

Ketika sampai pada giliran yang paling muda, dia dipujuk rayu agar meninggalkan agama Islam. Apabila dia menolak untuk berbuat demikian, Raja memerintahkan agar dia juga ditolak kedalam minyak yang panas berkenaan. Ketika itu salah seorang pegawai istana berkata, “ Tuanku, patik meminta pemuda ini diserahkan kepada patik agar patik perintahkan puteri patik merayu agar beliau meninggalkan agamanya. Semua rakyat di negeri ini mengetahui bahawa puteri patik adalah wanita tercantik di negeri ini. Patik juga memahami bahawa bangsa Arab mudah tergoda dengan wanita cantik. Raja bersetuju dengan cadangan pegawainya dan pemuda itu diserahkan kepadanya dengan diberi masa selama 40 hari.

Ketika pemuda itu berada di rumah pengawai istana berkenaan, beliau di tempatkan didalam satu bilik bersama puteri pegawai istana berkenaan. Namun selama berada di rumah pegawai istana berkenaan, pemuda berkenaan sentiasa berpuasa di siang hari, manakala pada malam hari beliau bangun menghabiskan masa bertahajud dan bermunajat kepada Allah swt. Kesan dari amalan puasa di siang hari dan bertahajud di malam hari, godaan puteri pegawai istana berkenaan tidak menggugat iman pemuda berkenaan.

Apabila hampir habis tempoh waktu yang telah diberikan, puteri berkenaan masih gagal menggoda pemuda Islam tersebut. Pegawai istana berkenaan bertanya kepada puterinya dengan katanya, “ Mengapa kamu masih gagal menukarkan agama pemuda Islam tersebut?”. Jawab puterinya memberi alasan, “ Mungkin pemuda Islam berkenaan terkenang-kenang tentang kematian kedua saudaranya. Alangkah baiknya jika ayah meminta kepada raja agar memberi tempoh masa tambahan. Dalam masa tersebut letakkan kami di satu bilik di tempat yang jauh dari sini. Di sana anakanda akan cuba menggodanya untuk kali yang terakhir.”

Pemintaan puteri pegawai istana itu dikabulkan dan kedua-dua mereka di tempatkan di satu tempat yang jauh dari istana di satu tempat yang terpencil. Namun pemuda berkenaan terus berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam. Namun puteri berkenaan gagal menggoda beliau. Di saat hampir habis tempoh tambahan waktu, bukan pemuda Islam yang tergoda dengan puteri berkenaan, sebaliknya puteri berkenaan pula yang terkesan dengan ibadat puasa dan amalan bungun malam pemuda Islam berkenaan. Akhir sekali puteri jelita itu mengakui bahawa beliau begitu kagum dengan amalan kesolehan pemuda Islam berkenaan dan kejituan iman yang ada pada pemuda tersebut . Akhirnya beliau ingin memeluk agama Islam. Bila didengari oleh pemuda Islam tersebut, maka beliau meminta agar puteri berkenaan berusaha agar mereka boleh melarikan diri dari negeri berkenaan ke negeri Syam.

Kedua-dua mereka berjaya melarikan diri dan puteri itu pun memeluk Islam serta berkahwin dengan pemuda Islam berkenaan. Pada malam perkahwinan mereka berdua, pemuda berkenaan bermimpi kedua-dua saudara lelaki beliau yang gugur syahid datang menziarahi perkahwinan beliau. Beliau bertanya kepada mereka bagaimana mereka rasai ketika diseksa oleh Raja Rom berkenaan. Mereka menjawab bahawa ianya hanya sebentar sahaja dan mereka mendapat nikmat yang besar dari Allah swt.

(Disusun semula dari kitab IrsyadulIbad)

Cara mudah mencari m/s dalam Al-quran...moh try....

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)   Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.         Jom sama2 kita belajar...   Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?   Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182   Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442   Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...    Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya. 

5 PERKARA ROSAKKAN PAHALA PUASA

Perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang”.

1. Menipu – ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

2. Mengumpat – iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: “Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).

3. Saksi palsu – Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: “Berhati-hati dengan saksi palsu”. Sehingga sahabat yang bertanya berkata:
“ Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya”.

4. Sumpah dusta -Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: “Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: “Demi Allah aku tidak mencuri”. Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: “Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).

Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: “Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: “Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: “Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: “Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

5. Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. “Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: “Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.

Tuesday 16 August 2011

ENAM KEBURUKAN KENYANG

Abu Sulaiman ad-Darani  telah berkata bahawa sesiapa yang kenyang maka masuklah pada dirinya 6 macam bahaya :

1. Kehilangan rasa manisnya bermunajat kepada Allah
2. Kehalusan memelihara hikmat ( bertindak gopoh-gapah tanpa bijaksana)
3. Terhalang rasa kasih sayang kepada makhluk lain kerana bila kenyang maka lupa pada orang lapar
4. Berat dan malas untuk berbuat ibadat kepada Allah
5. Bertambah keinginan nafsu
6. Orang mukmin sebenar mengelilingi masjid manakala orang kenyang mengelilingi tandas

SEPULUH MANFAAT LAPAR

1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati

2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi

3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah

4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar

5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan

6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat

7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan

8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan

9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan

10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain

ibu ohh ibu

KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

* APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

* MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

* KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

* BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

* SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : “TAK NAK! TAK NAK!”

* APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

* MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

* KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

* BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

* APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

* MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

* KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

* BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

* MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

* KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN,MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

* BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADA TEMAN ISTEMEWA, KITA KATA, “…ITU BUKAN URUSAN IBU.”

* SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, “SAYA TAK MAHU JADI SEPERTI IBU.”

* APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOT UNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN….”PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!”

* MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASA DEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, “IBUUU, TOOOOOLONGLAHHH….”

* KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.

* PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA, “…ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN.”

* KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, “KAMI SIBUK, TAK ADA MASA NAK DATANG.”

* APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.

* DAN KEMUDIAN SUATI HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBU MENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG

Monday 1 August 2011

Rebutlah peluang keemasan di bulan Ramadhan


     Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan ini Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan Ramadhan yang perlu kita terokai dan ketahui sebagai bekal menjalani bulan yang mulia ini.
Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa
    Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara’. Oleh itu, ada baiknya kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;

1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Membaca kembali kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan
    Ada di kalangan kita tidak merasa apa-apa dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan sama seperti bulan-bulan yang lain; tiba masanya ia datang dan tiba masanya ia berlalu pergi. Punca sikap ini adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan atau kerana mereka melupainya. Kerana itu amat perlulah hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang fadhilat dan kelebihan Ramadhan dibaca dan diulang-ulangkan.
    Amat banyak hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
1. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
2. Segala perbelanjaan dan derita lapar selama berpuasa adalah syurga balasannya.
3. Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
4. Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda.
5. Dikurniakan nikmat keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhannya di akhirat.
c) Malam al-Qadar
Kelebihan malam al-Qadar iaitu;
  1. Ia merupakan malam penurunan al-Quran.
  2. Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) bagi malam yang tidak terdapat di dalamnya Lailatul Qadar.
  3. Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya. Menurut Imam Ibnu Kathir; “Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya”.
  4. Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama’ berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.

Antara amalan-amalan utama di bulan Ramadhan dapat kita senaraikan seperti berikut;
1) Berpuasa dengan sesungguh hati
2) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat sunat (terawikh, tahajjud dan sebagainya)
3) Menggiatkan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan
4) Beriktikaf
5) Mencari malam al-Qadar (lailatul Qadar)
6) Membanyakkan bacaan al-Quran termasuklah bertadarus
7) Membanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain
8) Menunaikan umrah sunat bagi yang berkemampuan
9) Banyak berzikir, beristighfar dan memohon diberi syurga dan dijauhi neraka
10) Banyak berdoa (terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa lailatul-Qadar)
11) Bersahur
12) Segera berbuka sebaik saja masuk waktu berbuka.
13) Memberi makanan untuk orang berbuka puasa
14) Menjaga segala anggota, tingkah-laku dan tutur-kata sepanjang bulan Ramadhan
15) Meningkatkan ketakwaan dan kesabaran
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan didalam bulan Ramadhan ini untuk menempah “tiket” ke syurga Allah s.w.t. Sedarlah kita semua, mungkin Ramadhan kali ini adalah ramadhan terakhir buat kita. Ajal maut di tangan Allah. Mungkin esok, mungkin lusa kita akan di “paksa” pergi. Bersedia atau tidak bukan alasan untuk si pencabut nyawa menangguhkan tugasnya. Moga ibadah kita hari esok lebih baik dari hari ini.Wassalaam,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...