Thursday, 24 November 2011

Secalit tinta hitam disekeping warkah “pink”

Hermm mcm best jer tajuk kan… but its really touching 4 myself … 24 November 2011 … lbh kurang kul 12 mlm kot aku mula bersiap utk tido … dok bergolek2 ats tilam smbil2 renung masa depan nth kul wape aku lelap … lena sgt2 … n saat lena itu 1 mimpi dtg membuai tidur ku …
Dalam mimpi ni ade 3 watak utama … AKU , seorang lelaki dewasa (yg tidak aku kenali) errmm hensem bergaya … macho beb …  nmpk matang dan seorang remaja perempuan sebaya aku (juga aku x kenal) … tp perempuan ni memainkan watak kwn aku adik kpd laki tu kot sbb dlm mimpi ni aku dgr dia membahasakan adik abg … Iksss cmner kwn x knl kan … heheh …
Mimpi ni bertempat di pantai yg aku juga x knl mana tmpt tu … kami bertiga dok tepi pantai menikmati keindahan ciptaan Allah yg sgt cantik … sambil2 tgk org2 lalu lalang … kami duduk n laki tu ditgh … kiranya aku n kwn aku tu duduk kiri n knn laki tu … konon nya dlm mimpi ni kami bergambar … action amik gmbr sendiri … so kena rpt2 kan … tetiba laki tu pgg bahu aku … tp aku membiarkan jer … supaya senang nk amik gmbr tu kan … dia pgg bahu aku n peluk bahu adiknya … adik dia xpe la kan … aku …??? Tp napa aku biar jer … sdgkn aku berupaya utk menolak … hurmm mimpi je kan …
Pastu dri pantai tiba2 dok dpn umh aku … adeiii … beralih2 tmpt lak mimpi ni …  myb ni hari lain kot heheheh …aku kuar dr keta masa ni … tetiba ade sepasang aku x thu kekasih ker … suami isteri ke lalu belakang n si perempuan itu hulurkan aku sekeping kertas berwarna pink (dilipat2) … aku tergamam tnpa septh kata n sepasang manusia menoleh kebelakang seperti 1 isyarat memberitahu aku siapa pengirim warkah itu (kelihatan seperti lelaki dipantai td) … dan mereka  berlalu dgn mengukirkan  senyuman … aku buka lipatan kertas itu … seperti esei nmpknya …  aku bace penuh berhati2 …isi warkah tersebut … aku x leh igt isi warkah itu semua … dah sedaya igt ni … pjg sgt …skit2 jer aku igt …
Bismiilahhirrahmanirrahim …
Assalamualaikum w.b.t
Duhai wanita ku … semoga perkhabaran iman mu baik2 sahaja … dimana ltknya ciri2 kewanitaan islam mu jika kamu berpakaian sebegitu … tudung mu tidak menutup dadamu … kaki mu tidak bersarung …  kenapa dibiar saja lelaki yg bkn muhrim mu menyentuh mu …  namum aku tahu kamu bkn seorang yang begitu gaya nya …

Hermmmm … itu jer aku igt … lau terjaga dr mimpi … rs sedikit berdebar2 … n berpkir apa erti pesanan warkah itu … n bila muhasabah aku rasa ni adlh sesuatu yg aku kena amik brt wpon org kata mimpi sekadar mainan tidur … rasa nya mcm 1 petunjuk utk aku … pesanan n peringatan melalui mimpi … n elok aku kongsi dgn kwn2 … sekadar renungan … pengetahuan … n mungkin jua kpd perubahan … insya allah … amin … ku berterima kasih padamu YA ALLAH krn memberi pentunjuk kpd ku … walaupon 1 mimpi ia amt bermakna utk diri ku … supaya sentiasa berjaga2 tentang pakaian … berhati2 supaya x bersentuhan dgn lelaki bkn muhrim … memelihara mahkota wanita n berpribadi mulia … Insya Allah…
Mari kita renung bersama yer kwn2 ... :)
 J J SHARING IS CARING !!!!!  J J

Tuesday, 22 November 2011

Cinta SMS >> Membawa ke arah kemaksiatan

hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk,

da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh

awk...... sayer harap kiter boleh berkenalan.. ..ukhwah fillah eh orang

kater... sayer x pandai sangat arab...


2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga

awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer

sentiasa cuber terbaik untuk awak...


3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan

kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.


4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer... ye,,,sayer

x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater

mcmmaner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp

sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie yang orang kater

cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak

cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak ebab

malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...


5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk?


6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x

istimewa untuk awk jer;)sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik

sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan

jer...tq sayang...


7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela,

sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau,

makin sayang sayer kat awk...


8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang

la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x

der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang

kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia kiter... just

msg je kan...


9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa

lah kekawan k,,, tq yang...


10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,,

abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..


11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion

nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh....


12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli

2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,,nipis

sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...


13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh

jari ayg,

tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat

ayang..

ayang suker jumper abg?tq

yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa

kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu

malu lak dier,,,ayang td cantik...


14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg

romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang

n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAh

membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k...


15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper

tandanyer?

50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,,


16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah

gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr

nie abg wat wallpaper hp...


17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u

sayang....


18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara,

ayang kan milik abg...tq paham abg...


19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg

aper buktinyer yang,,,,


------------ --------- --------- --------- --------- --------- -


Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca

perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum.

Senyum

tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum

bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis

yang berada di dalam diri kita semua.


Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh

individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah.

Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di

majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin,

tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah

lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas

kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak!


Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses

merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang

keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah

kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang

sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan

istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan

melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat

seronok dan amat termotivasi iaitu cinta!


Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang

mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah

perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap

setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms

khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa

yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat

berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan

tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila

keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah

seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan

sebagainya.


Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui

rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang

dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan

nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana

seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang

dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai

rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms

'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala

hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan

ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu

bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi..


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan:
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam.

Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. 

Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

HUKUM BERSENTUHAN DENGAN BUKAN MUHRIM

Pendapat yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram mensyaratkan harus tanpa syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram. Kerana itu para ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram mengingatkan kerana antara syahwat dan tidak itu sangat samar, maka haruslah kita berhati-hati pada saat berjabat tangan. Terutama sekali kalau yang berjabat tangan adalah lelaki dan wanita muda yang sebaya, sebab sangat mungkin menimbulkan syahwat atau menimbulkan fitnah. Kalau tidak khawatir timbul fitnah maka tidak apa-apa berjabat tangan dengan bukan mahram. Misalnya dengan orang-orang yang sudah tua atau dengan anak-anak kecil.

Golongan yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram, bukanlah kerana mereka senang berjabat tangan dengan bukan mahram. Tetapi kerana mereka tidak berani untuk mengharamkan sesuatu yang secara jelas Allah SWT telah membolehkannya lewat perbuatan RasulNya. Sebab termasuk dosa besar kalau ada orang yang berani mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah SWT atau menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT. Sebab Rasulullah Saw bersabda:

“Sesungguhnya orang yang mengharamkan sesuatu yang halal sama dengan orang yang menghalalkan sesuatu yang haram.” [HR. As-Sihab].

Perlu diingat bahwa sesuatu yang mubah tidak harus selalu dilakukan. Sebab kalau itu tidak berguna dan dapat menimbulkan fitnah lebih baik dihindarkan.

Bagi mereka yang mengikuti pendapat yang mengharamkan setelah sampai penjelasan yang meyakinkan, maka haramlah hukumnya bagi mereka untuk berjabat tangan dan atau menyentuh dengan tangannya siapapun yang bukan mahramnya, baik bukan mahramnya tersebut anak kecil, remaja, dewasa ataupun orang yang sudah tua sekalipun. Sebab mereka semua adalah bukan mahram, yang haram untuk berjabat tangan dan bersentuhan dengannya. Sedangkan bagi mereka yang mengikuti pendapat yang membolehkan setelah sampai penjelasan yang meyakinkan, maka mubahlah hukumnya bagi mereka. Allah SWT akan meminta pertanggung-jawaban atas perbuatannya berdasarkan pendapat yang terkuat yang telah ia ikuti. Walaupun berbeza pendapat kaum muslimin tetap bersaudara. Tidak boleh hanya kerana perbezaan pendapat yang masih dibolehkan tersebut, sesama muslim saling menfitnah dan memburuk-burukkan orang yang berbeza dengan mereka. Yang jelas kita wajib mengikuti pendapat yang terkuat tanpa dicampuri adanya perasaan suka atau tidak suka.

p/s:“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Konflik dan Cabaran Dalam Rumah Tangga

Kebelakangan ini, masalah rumahtangga kian meruncing. Peningkatan kadar penceraian rumahtangga dilihat kian menjadi-jadi terutama dan membimbangkan semua manusia. Ini juga mengakibatkan ramai manusia menjadi resah dan tidak berupaya mengimbangi keperluan jiwa dan ketenangan hati. Apabila keadaan ini tidak dapat dibendung, maka penceraian tidak lagi dapat dielakkan.
Terlebih dahulu perlu diterangkan pengertian talaq menurut Islam. Dalam al-Qamus al-Fiqhi menyebut pengertian talaq:
  1. Meleraikan ikatan perkahwinan.
  2. Menghilangkan penguasaan terhadap isteri dengan lafaz yang jelas atau kinayah yang zahir atau dengan lafaz yang tertentu disertakan dengan niat.
Pensyariatan talaq seperti yang disebut dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Talaq (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”
Terdapat juga dalam hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang talaq. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perkara halal yang amat dibenci oleh Allah ialah talaq.” (Riwayat Abu Daud (2178), Ibn Majah (2018), al-Hakim (2/197) dan beliau mensahihkannya)
Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin pengekalannya serta menyuburkan hubungan mereka. Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat suami isteri atau seorang daripada mereka tidak mematuhinya. Contohnya, suami tidak mementingkan pemilihan pasangan yang baik. Atau kedua-dua suami isteri, atau seorang daripadanya tidak mematuhi adab pergaulan yang digariskan oleh Islam. Ekoran daripada itu, berlakulah kebencian dan semakin bertambah buruk sehingga tiada lagi ruang untuk berbaik-baik dan tiada lagi cara untuk persefahaman dan hidup bersama.
Dalam keadaan ini, adalah perlu diadakan peraturan sebagai langkah berhati-hati yang boleh dirujuk dalam situasi tersebut. Hal ini adalah membolehkan ikatan perkahwinan itu diungkai tanpa mensia-siakan hak kedua-dua suami isteri tersebut apabila tiada sebab bagi mereka untuk hidup bersama.  Terdapat pelbagai faktor yang menjadi sebab berlakunya penceraian. Antaranya:
1. Penghayatan Agama Islam Tidak Sempurna.
Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan dalam langkah-langkah mencapai matlamat perkahwinan[1] melalui penghayatan agama yang betul. Suami Isteri yang akan dipilih hendaklah mempunyai penghayatan agama dan akhlak yang baik. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia. Jika kamu tidak mengahwinkannya, nescaya akan berlaku fitnah dan berleluasanya kerosakan di muka bumi.” Hadis riwayat al-Tirmizi (1084)
Begitu juga hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana harta, keturunan, kecantikan atau agamanya. Maka, pilihlah perempuan yang beragama kerana kamu memerlukannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (4802), Muslim (1466), Abu Daud (2047), al-Nasaie (6/68), Ibn Majah (1858) dan Ahmad (2/428)
Dari awal lagi, Islam mengajar umatnya untuk hidup dalam beragama. Ini ditunjuk bahawa Islam is The Way of Life (Islam Adalah Cara Hidup). Agama islam amat menitik beratkan isu rumah tangga. Dimulakan dengan pemilihan pasangan hidup. Ini kerana pemilihan seorang bakal suami yang baik kepada seorang wanita yang ingin dikahwininya akan membuahkan hasilan yang baik sejajar dengan apa yang digariskan Islam menerusi al-Quran dan al-Hadith. Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan berakhlak. Ini kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan. Hal ini tidak pula bermaksud bahawa manusia tidak perlu mengambil kira faktor keturunan dan kecantikan. Sebaliknya, ia bermaksud bahawa sekiranya ciri-ciri tertentu sahaja yang ada pada seseorang perempuan, maka pemilihan berdasarkan agama adalah yang paling baik. Jika kesemua ciri ini ada, maka itulah wanita yang paling baik untuk dijadikan pasangan.
Orang yang engkar pada suruhan Allah SWT, biasanya juga akan membawa kepada engkar kepada suruhan, saranan dan pesanan pasangan mereka. Misalnya apabila suami menyuruh si isteri menutup aurat, si isteri enggan. Dia engkar arahan suami sekaligus engkar suruhan Allah SWT. Maka, perlu diingatkan bahawa rumahtangga yang bahagia dan harmoni akan terbentuk hanya apabila setiap pasangan saling mengingati dalam mentaati suruhan Allah SWT.
2. Faktor Pendidikan
Pendidikan adalah satu kewajipan dan amat penting dalam kehidupan tiap manusia. Sekiranya dianggap sebagai perkara yang remeh-temeh, nescaya pelbagai masalah besar akan timbul. Tugas menjalankan tarbiyah terletak pada semua manusia yang ditaklifkan Allah SWT. Namun jika berlaku syirik dan menyimpang dari ajaran-Nya sudah tentu kehidupan manusia hanya rugi semata-mata.
Ramai di antara ibu bapa khususnya menitikberatkan pelajaran kurikulum seperti matematik, sains, sejarah dan sebagainya untuk dipelajari anak-anak mereka. Ramai yang terlupa bahawa pembelajaran agama yang lebih penting dilupakan begitu sahaja. Ada yang sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk memberikan pendidikan dunia untuk anak-anak mereka tetapi ramai yang tidak sanggup untuk menggunakannya bagi memberikan pendidikan agama. Ibu bapa lebih rasa kecewa apabila anak mereka tidak skor “A” dalam matematik, sains, fizik, kimia, biologi dan sebagainya tetapi apabila pembelajaran al-Quran, pendidikan Islam hanya dipandang remeh sahaja. Sekadar melihat mereka lulus sahaja pun tidak mengapa.
Sistem pendidikan juga memainkan peranan penting dalam menangani isu kekeluargaan. Ini kerana apabila berlaku ketidakseimbangan dalam sistem pendidikan yang hanya berteraskan keduniaan semata-mata, maka agama akan ditinggalkan begitu sahaja. Pendidikan yang diseimbangkan antara duniawi dan ukhrawi akan membentuk individu dan masyarakat hidup dalam rahmat Allah SWT.
Memetik ucapan dari Perdana Menteri Malaysia ke-4 sewaktu merasmikan Program Rumahku Syurgaku bertarikh 1 Julai 1992 beliau berkata: “Faktor terpenting ke arah mewujudkan rumahtangga bahagia adalah faktor didikan dan asuhan. Bagi seseorang muslim, didikan Islamlah yang menjadi teras utamanya. Apabila setiap anggota dalam rumahtangga terutama anak-anak dan isteri diberi pemahaman yang secukupnya tentang peranan dan tanggungjawab mereka, Insya-Allah akan terbinalah sebuah rumah yang boleh diisytiharkan sebagai Rumahku Syurgaku. Faktor-faktor lain yang perlu dipupuk dalam menghayati keluarga bahagia ialah kejujuran, keikhlasan, tolong menolong dan bertolak ansur. Begitu juga mereka perlu ada sifat “bersyukur” dengan apa yang dikurniakan kepada mereka.Dengan sifat ini bukan sahaja hati manusia akan merasa tenang dan aman bahkan akan mendorong mereka bekerja bertungkus lumus memerah tenaga bagi mencapai kejayaan hidup yang lebih sejahtera dan cemerlang.”[2]
Tidak apa yang lebih penting daripada ilmu pengetahuan. Tuntutlah ilmu walau di mana berada. Jangan berputus asa dengan mempelajari ilmu. Ilmu juga menaik taraf tahap pendidikan seseorang. Oleh itu pendidikan kepada semua manusia wajib diterapkan. Peranan guru yang telah memainkan peranannya dalam mengajar murid-muridnya, juga ibu bapa harus mendidik anak mereka dengan ilmu pengetahuan yang seimbang antara ilmu dunia dan ilmu akhirat.
3. Kewangan dan Ekonomi[3]
Tidak dinafikan, kewangan sering menjadi punca utama konflik di dalam rumahtangga. Ada kajian menunjukkan apabila negara mengalami kegawatan ekonomi, masalah atau konflik di rumah meningkat pula sebanyak 70%.
Kehidupan semasa bujang amat berbeza sekali dengan kehidupan selepas berumahtangga. Misalnya, dari sudut kos kehidupan harian. Kalau semasa bujang, kita tidak menghadapi masalah berkenaan dengan makan minum kita sehari-harian dan apabila lapar, kita hanya pergi ke gerai-gerai atau mana-mana restoran untuk membeli makanan. Berbeza keadaannya selepas berumahtangga. Keluarga harus difikirkan kerana mereka adalah sebahagian dari tanggungan kita. Selain dari makan minum, kos-kos lain dalam kehidupan seharian, kita harus fikirkan, seperti bil-bil air, api, telefon, barang-barang dapur dan semua ini memerlukan kos atau sumber kewangan yang mencukupi.
Apabila masalah kewangan berlaku di dalam sesebuah rumahtangga, konflik boleh tercetus hanya kerana masalah yang kecil. Oleh itu, berhati-hatilah. Terdapat beberapa cara dalam mengatasi masalah kewangan di dalam rumah tangga, antaranya:
I.        Mengawal perbelanjaan di dalam rumah tangga.
II.        Melakukan kerja-kerja sampingan sebagai sumber pendapatan tambahan untuk keluarga. Sebagai contoh, isteri suri rumah sepenuh masa boleh mencari peluang melalui rakan atau jiran tetangga membuat projek kecil-kecilan yang sesuai dengan kebolehannya. Si suami pula, hobi atau minatnya boleh diguna sebagai peluang menjana pendapatan tambahan.
4. Faktor Kesihatan
Islam memandang perkahwinan sebagai cara yang bermanfaat untuk menjaga kaum lelaki daripada keburukan dan bahaya yang dilakukan secara tersembunyi, penyelewengan dan segala yang dapat merosakkan kesihatan fizikal dan mental, jasmani dan rohani.
Rasulullah SAW memperingatkan orang yang ingin melakukan kejahatan dan perbuatan keji dengan sabdanya yang bermaksud: “Ada 7 golongan orang yang pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak sudi untuk melihat mereka dan tidak akan membersihkan mereka daripada dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman: “Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang lain yang dimasukkan ke dalamnya.” Tujuh golongan itu ialah:
1. Orang yang melakukan hubungan sejenis, (Homoseks)
2. Orang yang melakukan onani.
3. Orang yang memuaskan hawa nafsu dengan haiwan.
4. Mereka yang menyetubuhi Isteri melalui dubur.
5. Mereka yang mengahwini anak tirinya.
6. Mereka yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Mereka yang menganggu jirannya sehingga dia dikutuk olehnya.
(Hadis riwayat Tabrani)
Permasalahan yang timbul dalam hadis ini adalah punca-punca yang mungkin berlaku dalam institusi kekeluargaan. Ia membawa kepada keruntuhan rumahtangga yang dibina runtuh begitu sahaja. Ini adalah penyakit yang melanda walaupun tidak nampak secara zahirnya. Hadis riwayat Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jika umatku menghalalkan lima perkara ini, pasti ditimpa kehancuran: Bila mereka saling melaknat sesama sendiri, meminum arak, memakai sutera, menyimpan perempuan simpanan, dan memuaskan nafsu lelaki sesama lelaki (gay) dan perempuan sesama perempuan (lesbian). (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Penyakit-penyakit yang disebutkan dalam hadis di atas menjadi punca korban penyakit kelamin yang amat berbahaya iaitu merebaknya penyakit AIDS, HIV, dan sebagainya.  Sebagai mengambil 2 keterangan yang berbeza yang dinyatakan dalam hadis riwayat Tabrani: Mereka yang menyetubuhi Isteri melalui dubur dan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi iaitu: menyimpan perempuan simpanan, adalah perkara yang boleh membawa kerosakan rumah tangga. Ini bersangkut paut dalam keluarga apabila agama diletak di bawah, kesihatan juga turut terabai. Ini akhirnya menimbulkan pelbagai masalah yang akan membawa kepada masalah yang lebih besar.
Sejak beberapa tahun lepas langkah kerajaan yang dilaksanakan di semua oleh Jabatan Agama Islam Negeri dengan mewajibkan ujian saringan HIV kepada bakal pengantin adalah langkah terbaik dalam menangani gejala tesebut menular di kalangan pasangan yang akan menjadi suami isteri. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan. Ini mewujudkan jalan terbaik dalam menyekat penyakit itu daripada menular dengan lebih teruk.
Ini menunjukkan Islam amat menitik beratkan soal kesihatan umatnya. Terdapat beberapa ujian lain yang dijalankan kepada pasangan yang akan berkahwin dengan ujian darah, pemeriksaan kesihatan yang lainnya bagi melangsungkan rumah tangga berjalan seperti yang diingini.

Monday, 21 November 2011

15 NOVEMBER 1986 - 15 NOVEMBER 2011

25 tahun sudah…


p/s : ni kek coklat buatan sendiri besday thn lps (2010)


Setiap thn 15 NOVEMBER pasti dtg … dgn thn yg berbeza ia ttp dtg … n setiap thn bertmbh umur seseorg 1 thn … xde sorang pon boleh blk ke masa lampau melainkan cerita dongeng DOREMON … bila tiba hari jadi … hati aku sayu … rasa baru jer p tadika … gedik2 sorang2 jln kaki g tadika smbil nyanyi lagu “Isabella anak pak dollah lalalala pakai baju senget sebelah lalallala “…. Hahahha…selalu g sorang2 sbb mama kata zmn tadika aku plg liat nk bangun tp wpun lmbt aku ttp nk g sekolah … leh main kata kt tadika dgn kawan2 … pastu blk sekolah selalu ilang g main umh kwn … rasa baru jer merempit dgn abah g sekolah … rasa baru smlm UPSR … rasa bru sgt dok hostel bila naik tingkatan …  rasa rindu zmn melangkah remaja … merantau mencari ilmu … mengenal erti jatuh n bangun kehidupan … mengenal erti kawan n lawan … mengenal pahit n manis perjalanan … sekejap nya masa berlalu … tnpa seminit pon tunggu … 25 thn tlh pon berlalu … skrg leh kata melangkau usia dewasa … kdg2 seakan2 x thu apa yg d cari … dan dikejar … apa yg penting … kerjasamaaa … ehh itu wonder pet … hahaha … apa yg penting kita berhijrah … bermaksud berubah dari sesuatu yg x elok kpd lebih elok … mencari “Nur Dini” … mencari cahaya agama … insya allah … dihari jadi setiap thn aku akn wish selamat hari ibu kt mama sbb arini ler mak aku pertama kali nya bersalin sbb aku kan ank sulung … so dihari kelahiran aku ler mama bergelar ibu … tul???? Tul kan … hikhik  mama owh mama … ku ucapkan juga pada mama thanks sbb mengandungkan kak,melahirkan kak,menyusukan kak dan membesarkan kak smpai jd … sememangnya besar …  hahahahha xde ucpn yg plg bgs dlm dunia nih aku bley ucp kt mama … jasa mama kt aku , aku xleh nak bls dgn semua yg aku ade termasuk nyawa sekali pon …   bila mama kata hrp igt n bls jasa tetiba air mata ku mengalir tiba2 … owhhh I LUV U MAMA … insya allah ma … kak simpan dlm hard disk kak ni smpai bila2 … moga mama pnjg umur … murah rezeki …sihat2 sokmo … kak akn usaha jd ank yg solehah … terbaaaikkkkk buat mama n abah … abah, thanks jd wira terbaikkkkk dlm hidup kak … jaga kak … bg kak sekolah … berkorban apa saja … abah bagai tongkat utk kak yg seorg yg “buta” … pnt lelah abah keje n berbakti pd tnh demi kami adik beradik … kak tabikkkk springggggggggggg …………. Ya Allah,lindungi mama n abah aku dr segala bencana,berikan mereka kesihatan yg baik,pjgkan umur mereka,murahkan rezeki mereka … ampunkan dosa2 mereka,berikan mereka peluang ke syurga Firdausi mu … amin ya rabbal alamin …
Diakhir talian telefon dihari lahir 15 NOVEMBER 2011 mama kata … SELAMAT HARI JADI ANAK KU … uwwwwwaaaaaaaaaa aku nangis laju2 ….. TQVM ma … miss u 4eve …
Ucapan n doa utk utk diri sendiri moga aku  hari ini lbh baik dr smlm … moga aku keesokan harinya lbh baik dari hari ini … moga hari jadi thn dpn bersama imam ku …heheheh amin …

Thursday, 10 November 2011

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la'a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)



Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Maksud Ayat :-Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)


Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...