Thursday 10 November 2011

POLIGAMI

perbincangan tentang poligami adalah satu perbincangan yang agak sensitif bagi ramai orang  yang mengikut tanpa ilmu. bila disebut 'orang ramai' kita semua tahu apa yang al-Quran sebut tentang orang ramai . firman Allah "janganlah kamu mengikut orang ramai, pasti mereka akan menyesatkan kamu". halalnya poligami disebut jelas di dalam al-Quran dan terdiri dari ayat muhkamat (mudah difahami)
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
an-nisa ayat 3
saya selalu bertanya kepada ramai orang mengapa ayat ini disusun sedemikian rupa dan bukannya "berkahwinlah seorang sahaja dan jika kamu rasa boleh berlaku adil maka kahwinlah 2,3, ataupun 4". kita semua tahu apa yang didahulukan adalah lebih utama dari apa yang dikemudiankan. ayat al-quran di atas bukan sahaja ayat yang menghalalkan poligami bahkan adalah ayat yang menggalakkan poligami.
saya pernah membaca satu majalah wanita yang mana seorang pensyarah dan ahli motivasi berkata bahawa 'poligami adalah halal tetapi tidak digalakkan sepertimana perceraian'. saya meminta ahli motivasi terbabit bertaubat kerana telah menerangkan hal yang salah tentang hukum poligami. jangan kerana kita membenci sesuatu, kita memberika hukum yang salah dan mengelirukan orang ramai. ayat 'hala tapi dibenci' adalah ditujukan kepada perceraian.
Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]
 
mengqiaskan perceraian dengan berpoligami adalah satu hal yang batil da berdosa besar dan mengajak dan mengelirukan orang ramai tentang perkara yang dihalalkan oleh Allah juga termasukkan dalam hal kerosakan akidah.
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabikat berdusta." an-nahl:105
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. surah Muhammad: 8-9
 
itulah sebabnya rasulullah dan para sahabat berpoligami. yang menakjubkan dengan poligami rasulullah adalah poligami yang bersebab. dan semua maklum rasulullah berpoligami setelah kewafatan isteri tersayang, saiditina khadijah r.a.
rasulullah mengahwini safiyyah, seorang bangsawan berbangsa yahudi selepas perang khaibar adalah untuk mendekatkan jurang antara Islam dengan yahudi. Hafsah dinikahi rasulullah adalah untuk menghapuskan hukum anak angkat adalah sama dengan anak sendiri. rasulullah mengahwini juwairiyah adalah untuk merapatkan Islam dengan kaumnya bani musyaliq. rasulullah mengahwini saudah yang telah sangat lanjut usianya kerana dia telah kehilangan suami di waktu peperangan.
amalan yang sama dilakukan oleh para sahabat. ramai sahabat yang mengahwini para balu yang suami mereka mati dalam peperangan memperjuangkan Islam. ini untuk memastikan setiap wanita ada keluarga dan tempat berlindung.
saya tertarik dengan penjelasan Dr Yusuf Qardhawi tentang poligami. dalam bukunya, Dr Yusuf Qardhawi berkata apa yang dihalalkan oleh Allah adalah sesuatu yang bermanfaat bagi manusia.Allah tidak akan menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. ini selari dengan firman Allah:
"ada kalanya kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan ada kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"
keperluan masa kini
poligami adalah lebih releven sekarang lebih dari zaman-zaman sebelum ini. sebelum saya pergi lebih lanjut, ingin dinyatakan di sini bahawa Islam adalah satu cara hidup yang mahukan setiap manusia hidup berpasangan. ini adalah kerana beberapa faktor iaitu:
1. setiap pasangan melindungi satu dengan yang lain seperti firman Allah
"kamu menjadi selimut kepada mereka dan mereka menjadi selimut kepada kamu" kita semua mengetahui bahawa wanita yang tidak berkeluarga lebih mudah diganggu daripda wanita yang berkeluarga.
2. tempat kasih sayang
kita mahu ada orang yang dekat dengan kita setiap masa. orang yang kita boleh luahkan perasaan dan masalah sama ada dengan pasangan atau anak-anak. firman Allah "kami menciptakan kamu pasangan dikalangan kamu sendiri supaya kamu berkasih sayang dengan mereka....."
3. pembinaan keluarga
islam sangat menggalakkan pembinaan keluarga yang HALAL melalui perkahwinan. ini selari dengan sabda Rasulullah " aku berbangga melihat ummatku yang ramai...."
sabda Rasulullah " wanita yang terbaik ialah yang paling ramai anaknya....."
atau
".... sesiapa yang membenci sunnahku sesungguhnya dia bukan dari ummatku"
4. bantuan hari tua
hari tua adalah hari yang menyusahkan. di waktu itu kisihatan kita mula merosot dan kita dilanda dengan pelbagai jenis penyakit. alangkah baiknya jika kita memiliki anak-anak yang boleh menolong kita di waktu tua kita jika kita berkeluarga.
saya masih teringat di satu bulan ramadhan ayah saya memberitahu saya ada seorang perempuan tua di kampung tempat tinggal saya yang tinggal seorang diri keranan tidak pernah berkahwin sedangkan orang lain bergembira berbuka puasa beramai-ramai bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka.
banyak lagi yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah untuk setakat ini bagi membolehkan saudara faham betapa pentingnya memiliki sebuah keluarga. malangnya kita tidak berada di dunia yang IDEAL. saya berikan gambaran dunia yang IDEAL.
###################
di dunia ideal, setiap orang berkeluarga. setiap orang memiliki anak-anak. tidak ada walaupun seorang lelaki atau wanita yang tidak bekeluarga. setiap orang di hari tua memiliki keluarga masing-masing dan tiada orang yang tinggal seorang diri
###################
kita berada di dunia REALITI. di dunia realiti ada orang yang berpeluang berkeluarga dan ada orang yang tidak dapat berkahwin kerana tiada orang yang mahu menjadikannya sebagai teman hidup atau beberapa faktor. antara faktor terbesar yang membawa kepada masalah ini ialah nisbah lelaki dan perempuan yang tidak sama seperti hadith Rasulullah "di akhir zaman, nisah lelaki dan perempuan ialah 1-50".
nisbah 1-50 tidak boleh hanya dilihat dari angka nismah lelaki dan perempuan. banyak faktor lain yang perlu diambil kira apabila kita ingin menilai adalah nisbah lelaki dan perempuan adalah sama. faktor-faktor yang dinyatakan dibawah juga perlu diambil kira.
faktor 1: ramai lelaki yang terlibat dengan jenayah dan dadah yang menyebabkan mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam statistik lelaki yang boleh dikahwini. kebanyyakan daripada  mereka ialah lelaki Islam. memasukkan golongan ini ke dalam statistik lelaki yang boleh dikahwini adalah tidak tepat.
faktor 2: semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi dan pendapatan tinggi
saya gabungkan pendidikan dan pendapatan kerana ianya saling berkait rapat. jumlah pelajar wanita di pusat pendidikan tinggi ialah 70% daripada keseluruhan pelajar. dari sini kita boleh lihat bagaimana masa depan akan terbentuk. semakin ramai wanita berpendidikan tinggi maka semakin ramailah wanita yang berpendapatan tinggi. entah mengapa wanita di zaman dahulu hingga sekarang lebih menyukai lelaki yang lebih pandai dan lebih kaya dari mereka. ini mungkin perasaan yang telah ada pada diri wanita secara fitrah supaya kebajikannya dan anak-anak akan terjamin. bagaimanakah wanita-wanita berpendidikan tinggi ini dapat mencari lelaki yang lebih berpendapatan tinggi dari mereka jika jumlah lelaki yang masuk ke pusat pendidikan tinggi adalah kurang. sesetengah wanita berpendapatan tinggi lebih suka berkongsi suami yang berpendidikan tinggi daripada berkahwin dengan lelaki yang miskin.
faktor 3:  semakin ramai lelaki yang rosak akhlaknya
semakin ramai lelaki sekarang yang rosak ahlaknya. ramai yang kurang agama, tidak sembahyang, tidak puasa dan ramai pula yang telah hilang terunanya di waktu muda. ini kerana faktor-faktor yang telah dibincangkan sebelum ini.
buku ini ditulis untuk orang yang menjaga agama dan keturunannya. orang yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup tidak membaca buku ini. jika sahabat ingin memcari lelaki yang beragama, jumlahnya tentulah agak berkurangan kerana faktor yang disebutkan tadi

perhatian: penulis artikel ini menghormati pendirian orang yang tidak mahu berpoligami tetapi yakin bahawa poligami adalah halal di sisi Islam dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. ia tidak bertujuan mempengaruhi apa-apa keputusan dalam program cari jodoh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...