Thursday 10 November 2011

BERTAKRUF

ramai yang masih tidak memahami sesi ta'ruf. jika sahabat berada di universiti dan selalu berhubung dengan perkumpulan di universiti, sahabat mungkin akan mendapat gambaran apa itu sesi ta'ruf kerana mereka selalu melakukannya untuk carian jodoh.
pengenalan sesi ta'ruf
sesi ta'ruf adalah sesi suai kenal. selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa, penta'ruf akan menetapkan satu tempat dan masa yang sesuai dan mereka bertemu di sini. biasanya adalah tempat yang selesa untuk berbincang seperti masjid, kelas, tempat makan yang sunyi dan sebagainya. pihak muslimah mestilah ditemani oleh seorang sahabat atau mahramnya.
bagaimana mengajak ke sesi takruf?
berhubung melalui medium yang disediakan oleh baitulmuslim.com. apabila kedua pihak sudah bersetuju untuk bertakruf, sila isi borang takruf. selepas pembayaran untuk sesi takruf dibuat, pihak baitulmuslim.com akan melantik pentakruf untuk menguruskan sesi takruf tersebut.
di dalam sesi ta'ruf ini. kedua-dua pihak akan menceritakan dengan panjang lebar tentang diri mereka. jika terdapat apa-apa sahaja soalan akan ditanya dan dijawab dalam sesi ta'ruf ini tidak kiralah sama ada soalan itu sulit atau tidak.
boleh juga diberikan soalan sulit itu kepada penta'ruf sebelum sesi ta'ruf, ini bagaikan penta'ruf yang bertanyakan soalan. sebab sememangnya penta'ruf sendiri akan bertanyakan beberapa soalan yang telah ditetapkan oleh baitulmuslim.com semasa sesi ta'ruf. soalan yang telah ditetapkan ini akan membolehkan setiap pihak mengenali pihak yang lain dengan lebih mendalam.
selepas sesi ta'ruf
selepas masing-masing sudah berpuas hati, mereka kembali ke tempat masing-masing dan akan diberikan tempoh yang dipersetujui semasa sesi ta'ruf untuk memberikan jawapan. jika semasa sesi ta'ruf dipersetujui masa 4 minggu, maka selepas 4 minggu penta'ruf akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapat jawapan. jangan sekadar jangka masa, TARIKH keputusan juga mesti ditetapkan. ini bagi memudahkan kita memahami bilakah waktu sebenar keputusan akan diberikan.
sahabat juga mungkin memerlukan masa sebulan untuk memberikan keputusan jika sahabat merasakan perlukan maklumat yang lebih banyak atau perlu berbincangn dengan orang terdekat.
jika keputusan sudah ada lebih awal, hubungi penta'ruf dan penta'ruf akan hubungi pihak satu lagi. bergantung kepada pihak satu lagi sama ada mahu terus memberikan keputusan atau masih berpegang kepada masa yang telah ditetapkan. jika lanjutan masa diperlukan,hal yang sama perlu diberitahu kepada penta''ruf.
jika sudah bersetuju
jika kedua-dua pihak bersetuju, maklumat perhubungan akan diberikan kepada mereka dan mereka hendaklah meneruskan perhubungan dengan cara yang diajar oleh Islam hinggalah mereka berkahwin. selepas sesi ta'ruf inilah masa untuk mereka lebih kenal tapi bukan dengan cara yang diamalkan oleh ramai orang muda sekarang. mereka tidak boleh bertemu melainkan muslimah itu ditemati rakan, tidak boleh menelefon dengan tujuan untuk bersembang atau bergayut melainkan jika ada hal-hal mustahak.
mengenal dengan lebih dekat
inilah masanya mereka memberitahu keluarga mereka dan mendapatkan persetujuan keluarga untuk berkahwin. keluarga mereka pula bolehlah mula melakukan risikan. risikan disini bukan hanya bermaksud merisik keluarga untuk bertunang. merisik adalah perbuatan yang luas maknanya. merisik juga boleh bermaksud kita bertanya kawan atau jiran orang yang kita ingin kahwini bagaimanakah akhlaknya dan ciri-ciri lain. itulah cara kita mengenalinya dengan lebih lanjut.
bukannya cara mengenal yang dilakukan muda-mudi sekarang; berdua-duaan, bersentuhan dan berbual mesra dalam telefon sebelum berkahwin. perlu diingat, dengan mengenal cara begini, orang yang ingin kita kenal itu 'pijak semutpun tak mati'. bahaya dating ialah kita dikaburi oleh kemesraannya hingga kita lupa untuk menilai kualiti sebenar yang kita inginkan dari seorang pasangan; agama, akhlak, pemakaian, dan ciri-ciri lain.
jangan serahkan apa-apa maklumat perhubungan semasa sesi ta'ruf. ini memastikan supaya sahabat tidak diganggu semasa berfikir untuk memberikan keputusan dan jika keputusannya ialah 'tidak', sahabat tidak akan diganggu juga selepas itu.

sesi ta'ruf susulan
tujuannya ialah supaya jika masih banyak persoalan dan penerangan yang perlu dibuat, maka sesi ta'ruf kali kedua dan seterusnya akan dapat membantu untuk membuat keputusan yang lebih baik.
sesi ta'ruf susulan sebenarnya banyak dilakukan oleh pihak-pihak yang biasa melakukan sesi ta'ruf. perlu diingat, memilih pasangan adalah satu keputusan penting. jadi sesi ta'ruf susulan sangatlah membantu. tambahan pula kebanyakkan pasangan yang berta'ruf melalui baitulmuslim.com masih belum mengenali satu dengan yang lain dengan mendalam.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...