Thursday 10 November 2011

KEBURUKAN & KEBAIKAN POLIGAMI

keburukan dan kebaikan poligami
ya, poligami ada mendatangkan masalah. kita lihat di media massa, poligami adalah satu hal yang sentiasa mendatangkan masalah. setiap masa kita dipaparkan melalui akhbar ataupun televisyen yang ramai pasangan berpoligami menghadapi masalah rumahtangga terutamanya dari segi perbalahan antara madu. beberapa perkara perlu dinyatakan di sini.
1. bukan poligami yang bermasalah, orang yang berpoligami yang bermasalah.
Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. yang disebabkan masalah yang dibuat oleh segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa poligami membawa masalah. setiap hari kita mendengar orang mati disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki. sama dengan poligami. saban hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keada bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media massa.
2. media massa didalangi golongan anti poligami.
media massa banyak dipengaruhi oleh golongan feminisme dan liberal yang sudah lama tidak senang dengan sistem perkahwinan Islam. mereka sentiasa berkiblatkan barat dan ingin kita mempraktikkan cara hidup barat yang mana poligami tidak wujud. perkara yang kita lupa ialah walaupun poligami diharamkan dibarat, pintu zina dan amalan perempuan simpanan adalah perkara biasa di sana. kita menyusahkan poligami dan membuka pintu zina seluas-luasnya.
"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." surah at-taubah : 67
sesiapa yang menyatakan dalam poligami, semuanya indah adalah orang yang tidak berpijak di bumi yang nyata. ramai orang yang ingin berpoligami hanya memiliki satu tujuan untuk berpoligami iaitu untuk memenuhi nafsu kejantanannya. walaupun faktor ini tidak boleh diketepikan 100%, ianya juga tidak boleh dijadikan satu-satunya sebab seseorang itu berpoligami.
malangnya sesetengah kita yang sudah berkahwin terlalu terpesona apabila melihat seseorang wanita menyebabkan kita mengambil keputusan singkat untuk berpoligami sebelum melihat kepada beberapa faktor lain yang melayakkan kita untuk berpoligami. barangsiapa yang tahu betapa besarnya tanggungjawab orang yang mempraktiskan poligami, kemungkinan lunturlah nafsu dan keinginannya untuk berpoligami.
tanggungjawab apabila berpoligami
tanggungjawab setelah berpoligami adalah sangat besar. jika kita sudah merasa sukar untuk menguruskan satu keluarga, bayangkan kesukarannya dikali 2 apabila berkahwin seorang lain. di sini saya akan senaraikan beberapa sahaja tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang lelaki apabila berpoligami supaya kita berfikir panjang untuk perpoligami:
1. nafkah perlu diberikan kepada 2 keluarga dan bukannya satu jika berkahwin dua. sesiapa yang berpendapatan rendah wajib berfikir 10 kali sebelum menggatal untuk berpoligami. saya pernah berjumpa dengan seorang yang telah berpoligami tetapi memiliki masalah kewangan yang sangat rumit. tambah merumitkan keadaan apabila kedua-dua isterinya bergantung harap kepada pendapat suami mereka sahaja. dia terpaksa berhutang sana sini, kereta ditarik, dan terpaksa lompat dari satu pekerjaan ke pekerjaan yang lain. sebaliknya saya juga ada berjumpa seorang lelaki yang sangat kaya raya tetapi terhalang untuk berpoligami kerana tentangan keluarga. dunia sudah terbalik.
pastikan anda seorang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh sebelum walaupun hanya untuk berangan-angan untuk berpoligami. walaupun saya akan bercakap tentang kahwin misyar (tempat tinggal dan nafkah diuruskan oleh isteri) sebagai sebagai penyelesaian tentang hal ini, kahwin misyar tidak sepatutnya dijadikan jalan penyelesaian terakhir untuk berpoligami. ia hanya akan merendahkan martabat seorang suami. ia sepatutnya hanya digunakan apabila keperluan mendesak dan bukannya sebagai satu jalan pintas untuk berpoligami.
2. tanggungjawab keluarga dari segi pendidikan, keselamatan dan kasih sayang perlu diberikan secara penuh dan adil. tanggungjawab ini bukan sahaja untuk isteri-isteri tetapi juga kepada anak-anak hasil dari perkahwinan dengan isteri-isteri tersebut. biasanya bila berpoligami, jumlah anak yang diperolehi juga berganda. bayangkan saudara menjadi suami dan ayah yang menguruskan dua keluarga besar.
giliran bermalam juga perlu adil. dan ini adalah hal yang agak menyukarkan. bayangkan kita setiap masa perlu memikirkan untuk tidur di rumah yang mana. ini berlangsung selagi perkahwinan itu wujud. walaupun dibenarkan kita untuk singgah di rumah setiap isteri pada setiap hari, tempat tidur mestilah dilakukan dengan giliran yang adil. jika setiap rumah berdekatan tidak mengapa. tapi jika kedua rumah adalah berjauhan, bagaimana? mula-mula memang merasa nikmat berpoligami kerana dapat berkahwin dengan orang yang kita minat, tetapi lama-kelamaan dengan tanggungjawab yang berganda, adakah nikmat itu berkekalan? maksud saya di sini ialah berpoligami untuk mengejar wanita cantik tidak akan berkesudahan dan akan mendatangkan masalah kepada kita di kemudian hari.

"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
apabila kita membawa satu keluarga berjalan-jalan di hujung minggu, kita juga perlu memikirkan untuk membawa satu keluarga yang lain pergi berjalan-jalan. jika kita membelikan pakaian hari raya untuk satu keluarga, kita juga perlu memikirkan untuk membelikan pakaian raya kepada satu kelauraga lagi. jika kita balik kampung bersama satu keluarga, kita perlu memikirkan untuk balik kampung dengan keluarga yang satu lagi. kesimpulannya ialah semua perkara yang kita lakukan perlulah difikirkan untuk memastikan kedua-dua buah keluarga mendapat layanan yang sama adil.
perlu dinyatakan disini bahawa sahabat rasulullah berpendapat 2 perkara yang tidak akan dapat diberikan keadilan ialah kasih sayang dan juga nafkah batin kerana memang mustahil untuk manusia untuk membahagikan kasih sayangnya dan tenaga seksnya secara betul-betul 50-50.
"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (an-nisa : ayat 129)
ayat ini sudah memberikan jaminan bahawa kita tidak akan dapat berlaku adil kepada isteri-isteri kita walaupun kita sangat ingin kepada keadilan.
bukan tujuan untuk menakutkan
saya tidak menyenaraikan tanggungjawab poligami ini untuk menakutkan saudara-saudari sekalian. cuma senarai yang dinyatakan di sini aalah agar saudara berfikir panjang tentang tanggungjawab yang perlu ditanggung jika berpoligami. supaya kita tidak megambil poligami sebagai hal yang ringan dan hanya untuk memuaskan hawa nafsu seks sahaja. ramai orang yang akan memadamkan hasratnya untuk berpoligami apabila dia memahami betapa besarnya tanggungjawab apabila berpoligami. tanggungjawab yang terpaksa ditanggung adalah lebih besar daripada nikmat hubungan jantina yang diperolehi.
sebab itu saya tegaskan sekali lagi bahawa poligami menguntungkan wanita lebih dari lelaki. lelaki terpaksa bertanggungjawab kepada 2 keluarga (jika 2) dari segi nafkah zahir dan batin, kasih sayang, perlindungan, hiburan, keperluan dan lain lain lagi. sedangkan wanita pula berpeluang untuk memiliki keluarga dan memiliki anak-anak dengan jalan yang halal. Itu sebabnya saya pelik bila golongan wanita menentang poligami. Sepatutnya merekalah golongan yang mempertahankan amalan poligami. Malangnya kaum wanita diselubungi sifat mementingkan diri sendiri. Yang sudah bersuami menentang poligami kerana dia sudah keluar dari masalah dan yang menjadi anak dara tua mendiamkan diri kerana malu. Bimbang diri dikatakan terlalu gersang untuk berkahwin. Akibatnya 60,000  wanita islam di Malaysia sahaja menjadi anak dara tua yang jika perkara ini berlaku di zaman rasulullah, pasti rasulullah membela golongan ini dan tidak membiarkan mereka tidak berkahwin hingga tua.
Ramai yang berfikir yg paling ideal ialah seorang suami berkahwin dgn seorang isteri tetapi perlu diingat kita tidak berada di dunia yg ideal. Kita berada di dunia praktikal/sebenar. Dan dunia sebenar tidak berlaku seperti keluarga adam dan hawa yg mana mereka melahirkan anak kembar 2 lelaki dan perempuan dan di nikahkah secara bersilang. Dunia sekarang tidak seideal itu. Kaedah usul fiqh 'hukum berdasarkan suasana' mesti digunakan dalam hal ini.  
Walaupun hukum asal poligami adalah harus, ada masanya ia sunat bahkan wajib apabila keadaan maksiat sudah berleluasa dan zina sudah menjadi budaya. org yg rosak akhlak boleh berzina dn muslimah yg menjaga agama harus menjadi dara sampai tua? Dimana kerahmatan islam? Di mana ayat 'aku diutuskan utk membawa rahmat kesekian alam' mahu diletakkan? Islam adalah rahmat. Islam adalah kemudahan. Islam tidak pernah menyukarkan ummatnya. Yg menyukarkan ummatnya ialah ummatnya sendiri bukan islam.
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." surah ar-ruum: 41
Gejala anak dara tua bukan salah islam. Bukan salah Allah dan RasulNya. Ini kesalahan kita yang jahil dan bebal tentang agama. Kesalahan kita yg terpengaruh dgn fahaman barat dan agama lain.
Saya pernah berjumpa dgn seorang wanita yang berkata "saya benci kepada poligami". Saya agak pelik dan terkejut. 2 perkara. yang pertama, membenci suatu yang dihalalkan oleh Allah termasuk dalam membenci keputusan Allah. berhati-hati dengan perkataan. saudari boleh berkata "saya tidak mahu bermadu" tetapi tolong jangan kata "saya membenci poligami". yang ke dua, bila pula masanya seorang perempuan itu boleh berpoligami? Yang dibolehkan berpoligami hanyalah lelaki. Wanita haram berpoligami atau berpoliandri (wanita memiliki banyak suami). hatta wanita yang suaminya berpoligami sekalipun, dia hanya memiliki seorang suami. dia tidak berpoligami. Saya husnuzzan yang dimaksudkannya ialah "saya tidak mahu bermadu". Ayat Allah pada surat an-nisa ayat 3 di tujukan kepada lelaki dan bukannya perempuan.
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." an-nisa : 3
ada juga yang apabila ditanya tentang poligami terus meminta cerai kepada suaminya. ingatlah hadith rasulullah:
"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke atasnya bau syurga" (Riwayat : Abu Daud)
berpoligami bukan termasukkan uzur syar'ie atau kemaksiatan bahkan ianya adalah satu hal yang suci dan halal lagi digalakkan. uzur syar'ie di sini adalah seperti suami seorang penagih dadah, kaki pukul, tidak memberikan nafkah, seorang penzina dan sebagainya. si isteri itu mungkin boleh bercerai dengan suaminya disebabkan poligami, tapi adakah dia memperoleh kembali keizinan menghidu bau syurga selepas bercerai dengan suaminya?
Yang membezakan antara isteri yg bermadu dengan yang tidak bermadu hanyalah isteri tidak bermadu tidur dengan suaminya setiap hari dan isteri bermadu tidur dgn suaminya selang sehari (jika madu 2). Perlu diingat suami berpoligami dibolehkan mengunjungi semua isterinya setiap hari cuma tidak dibenarkan tidur bersama.
Mungkin ada org berkata ini berjumpa selang sehari ini tidak bagus kerana merenggangkan perhubungan. Tapi kalau merujuk buku 'man from mars and woman from venus' oleh pakar hubungan jantina dr john gray, jumpa suami selang sehari akan lebih merapatkan hubungan dan menghangatkan cinta dan duduk rapat setiap masa akan melemahkan cinta. sila baca bab "men are like rubber band" yang menceritakan bahawa salah satu kriteria lelaki ialah cinta mereka seperi getah gelung. bila berjauhan, cinta lelaki itu akan makin meningkat seperti getah gelung yang ditarik. tetapi apabila sudah berdekatan sangat lama, cinta kaum adam akan mula kurang 'regangannya'. buku ini adalah buku yang sangat menakjubkan tentang perbezaan dua dunia antara lelaki dan wanita. buku ini adalah antara buku terlaris di dunia.
Mengapa 30 tahun
Saya tidak cuba untuk membuat agama baru. Saya cuma memberikan pandangan yang tidak terkeluar dari batas syarak. Ingin saya ulang di sini islam tidak pernah meletakkan apa-apa syarat umur utuk berpoligami. Ini bermakna berpoligami dgn pelajar sekolah menengah adalah halal di sisi islam. Walaubagaimanapun fiqh aulawiyah mesti digunakan di sini. Di sebabkan kita berada di zaman yang ramai anak dara tua yang tidak berpeluang untuk berkahwin, di zaman jumlah wanitanya lebih banyak dari lelaki secara zahir atau simbolik (lihat perbahasan saya pada artikel sebelum ini), poligami sepatutnya digunakan utk menyelesaikan masalah ini sebelum poligami digunakan untuk kehendak individu.
saya sentiasa meletakkan umur 30 tahun dan ke atas sebagai umur di mana seorang wanita itu sepatutnya dipermudahkan untuk berpoligami tanpa sebarang halangan. agensi-agensi kerajaan dan ngo sepatutnya memastikan wanita islam pasa umur ini dipermudahkan untuk mendapat suami walaupun melalui jalan poligami. Saya berikan beberapa sebab mengapa saya secara peribadi memilih nombor 30:
1. Wanita memiliki jangka subur tertentu. Secara puratanya permulaan menopouse wanita adalah 40 tahun. Jadi setidak2nya 10 tahun diberikan masa untuk wanita itu berusaha memperolehi zuriat. Kalau saya meletakkan usia 35 tahun, maknanya hanya 5 tahun masa yg diberikan untuk mendapatkan zuriat, ini tidak adil.
2. Jika saya meletakkan usia 25 tahun atau lebih rendah, pasti ramai yg akan berkata bahawa umur ini terlalu awal utk dikira sebagai berada pada 'zon merah'.
3. Jika saya meletakkan pada usia 28 tahun, umur ini masih lagi berada di tengah-tengah di antara terlalu awal dan sudah lambat. Saya tidak mahu satu umur yang kontroversi. Jika ada org berkata umur 30 masih muda untuk berkahwin bagi wanita, org itu orang gila.
Jangan silap faham, saya tidak menyuruh sahabat berkahwin pada usia 30 tahun. Perkahwinan yg lebih awal adalah lebih afdal utk mengelakkan maksiat dan zina. Umur 30 tahun adalah umur yg perlu diberi perhatian dan usaha dari semua pihak secara bersungguh2 utk memastikan wanita tersebut berkeluarga. sebenarnya ramai wanita yang apabila berusia menjangkau 27 tapi belum nampak apa-apa tanda yang dia akan berkahwin sudah merasa cemas. kepada wanita-wanita ini saya mohon maaf kerana meletakkan usia 30 tahun sebagai usia yang harus dibantu dan bukan 27 tahun, saya tidak mahu meletakkan usia yang masih kontroversi. 
penulis artikel ini menghormati golongan yg tidak mahu bermadu semasa mencari jodoh dlm laman web ini dgn syarat mereka yakin poligami itu halal dan membawa kebaikan kepada manusia.
 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...